Aku Impikan diriku


Dicopy dari emel

Salam,

Dipetik dari bookmark dalam diari Islam 2009, tak tau siapa pengarang sajak ni. Smoga bermanfaat.. .

Wassalam.

JALAN MENUJU ALLAH

Aku impikan diriku
Yang sentiasa ghairah bertasbih
Mengadu rindu kepada-Nya
Mengasihi-Nya sepenuh jiwa dan raga
Mencintai-Nya sekuat hati

Aku impikan diriku
Yang sentiasa mengalirkan air mata
Akibat rindunya aku kepada penciptaku
Akibat malunya aku kerana sering berbuat maksiat
Akibat segannya aku kerana sering menipu
Kecintaan ku kepada-Nya

Aku impikan diriku
Yang hatinya sentiasa bergetar
Apabila nama Tuhanku disebut
Jantungku berdegup kencang
Bila disebut azab-Nya
Tetapi tenang semula
Bila dicerita kasih sayang-Nya
yang Maha Luas

Aku impikan diriku
Yang setiap detik mengingati-Nya
Akan nikmat-Nya yang tidak terhingga
Kerana aku tiada apa-apa
Dialah yang Maha Pemberi

Aku impikan diriku
Yang sentiasa bertawakal padaNya
Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buatku
Maha Suci dari menzalimiku
Kerana Dia penciptaku
Yang penuh kecintaan
kepada makhluk-Nya

__._,_.___

[Puisi]Teristimewa Buat Muslimin..


bismillah


Perkongsian dari sahabat www.iluvislam.com :

Duhai muslimin,
Agama yang ada padamu..
Mengagumkan kami sebagai wanita muslimah..
Akhlaqmu yang terindah..
Sebagai pemimpin yang gagah..
Menentang keinginan hawa nafsu dan amarah..
Menambah kekaguman kami..

Duhai muslimin,
Kami ingin melihat kalian bangkit dan berjuang..
Berjuang menentang ketidakadilan dan kemungkaran di bumi Tuhan..
Bukan rebah pada rayuan wanita yang bertebaran..
Bukan jatuh pada keinginan fitrah berbanding keperluan..

*******

Duhai muslimin,
Kami ingin melihat kalian tetap gagah..
Perkasa menongkat agamaNYA..
Di dunia, ibarat memegang bara api..
Sampai waktu kalian mati..
Bukan sehingga saat kalian dengan mudah mengalah menyembah bumi..

Duhai muslimin,
Benar fitrah insani mencari ruang tuk dipenuhi..
Tetapi, carilah..
Binalah mengikut indahnya rentak Islami..
Bukan seperti bisikan syaitan yang bertambah dengan laknat ILAHI.

*******

Duhai muslimin,
Kami tak ingin melihat caramu mendekati wanita dengan tidak bermaruah…
Bukankah kalian pemimpin wanita?
Pemimpin pada pemimpin..
Indahnya Allah cipta garisan sebagaimana yang terbaik untuk itu..
Jangan dekati muslimah dengan kerendahan akhlaq dan nafsu yang menggesa..
Jangan!
Kelak, kemuliaan yang kami lihat sebagai muslimah terhadap muslimin kan jatuh…
Hilang sudah kehormatan yang kami hadiahkan dalam diam..
Hilang kepercayaan menyerahkan sebahagian urusan agama yang lengkap dengan penerimaan semakin payah tercipta..

*******

Duhai muslimin,
Muslimah itu tidak meminta kalian menjadi
seperti malaikat yang tidak bernafsu..
Tidak jua meminta seperti musuh Tuhan yang
sentiasa menjadikan nafsu yang terutama..

Muslimah menghormati dan memuliakan muslimin dengan akhlaqnya..
Dengan kesabaran dan kekuatan menegakkan dua perkara,
Menjaga pandangan dan maruah diri..
Muslimah jua berjuang menahan dan menegakkan keduanya..
Namun,
Apa guna andai muslimah yang ter’jaga’ dijaga oleh muslimin yang tidak ter’jaga’?
Mungkinkah akan mengundang dosa dan noda pada keduanya??
Jangan bawa kami bersama dalam laknat dan nerakaNYA,
Jangan!
Muslimah tercipta buat muslimin…
Melengkapi sesama kita dalam urusan agamaNYA..
Agama Allah..
Islam yang sempurna…
Meletakkan fitrah manusia yang terindah ciptaannya..
Didekati dan mendekati dengan terjaga dan terpelihara…

*******

Duhai muslimin..
Hancurlah baitul muslim,
Andai sedari awal..hubungan dihiasi dengan palitan nafsu berpanjangan..
Solehkan dirimu..duhai muslimin,
Kelak kan kau temui insan solehah di kalangan muslimah…
Yang pabila terlihatnya, hatimu mengingati Allah swt..
Pabila terdengar kata – katanya, ilmu tentang agama kan bertambah..
Dan apabila akhlaqnya kau lihat membuatkan kau teringat akan kehidupan akhirat sana..
Ingatlah!
Yang terbaik kan merasa terbaik…
Yang buruk kan menerima kebiasaan yang buruk..
Melainkan ujian jika sebaliknya kau peroleh..

Tanyalah imanmu!
Muslimah tetap akan memandang muslimin..
Dari pandangan yang mulia..
Berharap agar muslimin kan terus bangkit dan tidak rebah atas nama cinta yang semu..
Cinta yang bukan kerna ALLAH…
Bangkitlah menuju Allah dari medan dakwah dan jihad yang tiada kesudahan..
Kelak, bahgia dari Tuhan menjadi milikmu.

from www.iluvislam.com

[Puisi] Teristimewa Buat Muslimah


bismillah
Duhai muslimah sayang…

Indahnya dirimu di sisi Islam tercinta..
Martabatmu diangkat oleh Tuhan..
Dalam agama yang sempurna ini..
Sayang sungguh sayang Allah pada kalian…

Duhai muslimah sayang…
Terciptanya engkau yang mampu menjadi kekuatan dan kelemahan para muslimin..
Janganlah hendaknya dikau pergunakan cara yang salah…
Bukankah tinggi tempatmu tercipta dari azali?
Teristimewa dari rusuk lelaki pilihanNYA..

*******

Duhai muslimah sayang..
Kini identiti muslimahmu kian hilang…
Pada zaman akhir yang penuh kemodenan..
Tak kurang jua kejahilan..
Dimanakah pegangan agamamu yang pernah teguh dan tegal dahulu??

Duhai muslimah sayang..
Indahnya kalian di mata muslimin..
Lagi indah jika terhindar dari fitnah hati dan fitnah duniawi..
Bagaimana mahu terhindar andai dengan mudah hatimu diberi?
Dengan mudah tubuhmu digauli sesuka hati oleh insan ajnabi?

Duhai muslimah sayang…
Muslimin menghargai keindahan dan kecantikan padamu…
Jangan hilangkan tanggapan yang mahal itu dengan hawa nafsu yang merosakkan ia…
Yang bakal,
Menjatuhkan maruahmu sekeluarga..
Menjadikan dirimu lemah dan tidak berharga..
Tetapi,
Bangkit jua berjuang dalam agamaNYA..
Menemani muslimin bersama..

*******

Duhai muslimah sayang..
Kehidupan di bumi tidaklah lama…
Yang payah dijaga perlu terus tegas dijaga…
Yang mudah binasa perlu kekal dipelihara dari cela dan noda…
Hiasi rohani dengan santapan ilmu Islami..
Yang menuntun keimanan tuk menjaga kehormatan diri…

Duhai muslimah sayang…
Muslimin juga lemah andai dirimu tidak kuat…
Kuatlah dirimu menepis rayuan dan permintaan yang tersembunyi laknat Tuhan..
Pintu zina itu sentiasa terbuka andai kalian sedikit alpa..
Jangan muslimah!
Muslimin jua tidak sekuat Nabi Yusuf menentang hawa nafsunya..
Tidaklah jua seperti malaikat yang tidak bernafsu bila melihat dan terlihat..
Jangan biarkan dirimu mudah menjadi santapan pandangan jahat yang tidak mengira tempat…
Bisikan rakus yang mengganggu gugat iman kami, muslimin sekalian…

Duhai muslimah sayang..
Dikau sebaik perhiasan..
Jika menjadi solehah sebagai pilihan..
Bukan hanya perhiasan dunia bahkan hidup seorang muslimin yang mendamba bidadari dunia..
Jagalah dirimu sebaiknya..
Kelak, kau jua kan mendapat kebahgiaan dariNYA.


from www.iluvislam.com by Az-Zahratul Hilwa on 25.10.2009 00:25

Delusi Ummi


Kau sentuh cahaya dengan jemari mu
Dibalik tabir mimpi di raungan merindu
Mengimbas figura di kesumba senja
Tak siapa mendengar ratap hati bonda
Di hadap ranumnya kasih yang manis bermadu
Mengapa kau hanya mengunyah pahit hempedu

Ummi engkau berdelusi
Impian ilusi
Mimpi jadi ngeri mengusik dinihari
Ummi engkau kehampaan
Dambaan igauan janji hanya mainan
Gurauan di bibir kau kutip jadi sandaran

Keperitan itu teman mu yang sejati
Di hujungnya bahgia menanti
Bersama harapan dan pengorbanan diri
Terus berbakti

Resahmu sembunyi dalam riuh ketawa
Sebak dada tidak ketara
Tenangnya wajah tabah kau hadapi
Kerana kau yakin Tuhan lebih mengasihi

Ummi…

maaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~
Album : Istimewa Tiada Dua
Munsyid : Nice
http://liriknasyid.com

Ibuku seorang pembohong ???


Assalamualaikum ~

InsyaAllah kali ini sama2 kita hayati kisah ini

*******************************************************

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian. (Terutamanya ana)

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : “”Makanlah nak ibu tak lapar.” PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA. =(

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : “Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan.” PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : “Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula.” Ibu tersenyum dan berkata : “Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi– PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : “Minumlah nak, ibu tak haus!!” PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : “Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki.” PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : “Jangan susah-susah, ibu ada duit.PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; “Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang.” PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : “Jangan menangis nak, ibu tak sakit.PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN. =(

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, ‘Ibu,saya sayangkan ibu.’ Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…

p/s : ma =(

reNunGan bu@t pejuang cinta ILLAHI - p|L|han ALLAH segalanya (^^,)


Aku Menunggumu
www.iluvislam.com
oleh : arepis0125
Editor : doraemong13

Isi Hati Sang Ikhwah

Wahai zaujahku,
Aku mengerti di mana kamu,
Kamu sedang letih berjuang,
Kamu sedang lelah berdakwah,
Malah kau juga aku yakin sedang memelihara dirimu dari menjadi bahan fitnah.

Aku tidak tahu siapa kamu,
Tapi telah aku simpankan sebahagian hati ini padamu,
Kerna itu, aku tidak pernah memandang wanita lain,
Pandanganku ku tundukkan, bual bicara mesra dengan wanita ku elakkan,
Kerna semua itu hanya layak untukmu.

Yang ada di sisiku Ayat-Ayat Cinta Allah iaitu Al-quran.
Yang ada di sisiku kitab-kitab ilmu yang menjadi pencerahan dalam kehidupan kita nanti.

Zaujahku,
Persiapkan dirimu dengan ketabahan hati,
Kerna jalan yang akan kita lalui ini sangat berat,
Maka tabahkanlah hatimu untuk menjadi sayap kiriku,
Isilah mana-mana kekurangan dalam diriku,
Dan engkau jualah yang aku harapkan menjadi pembakar semangatku tika mana aku lemah.

Zaujahku, aku belum pernah memandang fizikalmu,
Kerana nikmat memandangmu hanya aku inginkan setelah kita diijab kabulkan,
Dan pandanganku terhadapmu bukanlah pandangan nafsu,
Sebaliknya dengan pandangan dakwah,
Kerna kau adalah sayap kiri perjuanganku dan pencetak generasi mujahidin.

Kerana itu,
Kita seharusnya bersedia zaujahku,
Perkahwinan kita adalah marhalah dakwah.

Dari Sang Akhwat

Wahai zaujku,
Aku mengerti kau sedang menungguku,
Aku mengerti kau merinduiku,
Namun segalanya kau tundukkan kerna kau tidak mengenal siapa aku.

Aku tau kau sedang berjuang,
Kau sedang lelah berdakwah,
Ke sana sini dengan pelbagai program dakwah,
Sehingga kadang kala kau merasa lemah.

Namun sabarlah,
Aku sedang menunggumu,
Aku juga sedang letih seperti kamu,
Kerana setianya padaku,
Aku menolak untuk terlibat dengan mana-mana aktiviti yang mengundang maksiat hati,
Aku menolak bicara dan pelawaan mana-mana yang bukan mahramku,
Kerana perasaanku telah aku simpankan untukmu,
Walaupun aku tidak tahu siapakah kamu.

Zaujku,
Persiapkanlah dirimu dengan ilmu,
Kerna, aku mendambakan seorang zauj yang mampu mendidikku dan anak-anak kita nanti, Bukan paras rupa semata-mata.

Didiklah aku agar sentiasa tegar dalam mujahadahmu.

“Ya Allah, kami saling merindui, namun kami tidak pernah mengenal antara satu sama lain, oleh kerana Kau telah menutup pandangan kami dengan hijab yang sangat tebal. Namun, kami yakin Engkau menghijab kami agar kami sentiasa melengkapkan diri dengan segala bekal yang diperlukan. Kami memohon agar hijab di antara kami segera terbuka bila mana kami benar-benar bersedia. Pernikahan kami adalah marhalah dakwah dan kasih sayang antara kami hanyalah satu..Menuju redhaMu

.:: m@t@ H@t! ::.


Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia

~#|jj@z~

MaRahh???? jangan la marah2, x elok la =)


Ape perasaan cik adik/cik abang hari ini? Adakah anda rasa marah? Gembira? Murung? Kecewa? Takut? Bersalah? Tersinggung? Hormat? Bertanggungjawab? Bolehkah anda mengenalpasti dengan tepat apa yang anda rasa? Bolehkah anda cari perkataan-perkataan lain untuk mencerminkan apa yang anda rasa? Kini manusia telah cipta lebih daripada 2000 perkataan untuk menerangkan jenis-jenis perasaan yang dialaminya. Kefahaman tentang tiap-tiap perkataan mengenai perasaan iaitu emosi manusia penting untuk mengenali perasaan sendiri dan perasaan orang lain.

CARA MENGURUS KEMARAHAN

1. Memahami apa yang mencetusnya serta manfaat jangka pendeknya.

Kita perlu memahami dan mengenalpasti pencetus-pencetus yang boleh jadikan kita hilang akal seperti kata-kata tertentu orang, tabiat orang, tidak bertoleransi dan sebagainya. Manfaat atau kebaikan yang boleh didapati daripada pelepasan kemarahan kita ialah mungkin seperti berikut:

a) Saya rasa lega
b) Orang mendengar saya
c) Rasa seperti diri sebenar lepas marah
d) Jika tidak marah saya akan menangis sahaja
e) Melalui kemarahan orang tahu pendirian mereka
f) Kemarahan menghilangkan perasaan takut
g) Jika saya tak marah orang akan fikir saya lemah

Manfaat-manfaat kemarahan ini adalah jangka pendek sahaja. Sebenarnya ia boleh dicapai melalui cara lain yang lebih asertif. Melepaskan kemarahan membawa berkat yang sementara sahaja. Pada jangka panjang ia akan menjejaskan perhubungan kita.

2. Belajar menenangkan diri dalam situasi genting.

Bila perasaan marah timbul kita boleh :


a) Gantinya dengan aktiviti lain seperti memandang pada benda dan bukan orang, memikir tentang apa yang kita lakukan pada hari ini atau menerangkan suasana bilik kepada diri sendiri atau membilang sampai 10.
b) Mengelakkan melalui atau meninggalkan tempat itu atau minta diri untuk berfikir
c) Menukarkan ritma otak seperti mendengar muzik atau lakukan senaman
d) Guna teknik relaks seperti menarik dan menahan nafas selama 5 saat
e) Kecut dan regangkan otot selama 5 saat
f) Urut bahagian dada dan perut
g) Ubah cara duduk dan regangkan bahu
h) Berimaginasi tentang pemandangan yang tenang atau yang neutral atau ketawa pada diri sendiri kerana situasi itu
;p

3. Belajar cara atau strategi untuk mengelak kemarahan kelak

a) Mengenalpasti samada kemarahan kita itu sihat atau tak sihat iaitu membina atau destruktif
b) Elak daripada menggunakan dadah atau alcohol untuk melupakan sesuatu
c) Baca dan menambahkan ilmu tentang pengurusan kemarahan
d) Bincang dengan orang lain yang berjaya menguruskan kemarahan mereka
e) Ubah kepada gaya hidup yang lebih sihat dan kurang stress
f) Sentiasa menahan dan mencabar setiap pemikiran yang membawa kemarahan
g) Sedari tentang kemarahan yang tersembunyi dalam sindiran atau perli
h) Belajar menjadi lebih asertif atau hadiri kursus untuk menambah kemahiran asertif
i) Meneliti segala punca kemarahan dari dahulu
j) Berbincang dengan kaunselor atau pakar psikologi
k) Menghadiri kursus mengurus kemarahan

Mengikut pakar psikologi marah adalah emosi sekunder. Di belakang emosi marah ini terdapat emosi primer seperti keresahan, duka, hampa, kehilangan, takut dan sebagainya yang terbit kerana sesuatu keperluan tidak diselesai atau dicapai. Sebenarnya kemarahan ini menjejaskan peluang kita untuk mencapai sesuatu keperluan itu. Bila kita dapat mengenalpasti keperluan-keperluan ini kita dapat berusaha untuk mencapainya dan dengan itu kemarahan dapat dikawal atau diurus dengan sihat. Emosi marah adalah satu fenomena rasional yang berlaku di otak kiri kita. Untuk mengurusnya kita perlu menggunakan kedua-dua bahagian otak, khasnya otak kanan dan bahagian lain otak berkenaan dengan emosi untuk mengecam dan sedar bila perasaan marah muncul. Dengan demikian kita dapat menangani kemarahan dengan cepat dan mengekalkan ketenangan kita.

Sumber setia : www.iluvislam.com.

jaNgan marah2 ye dan paling penting jangan marah S.A.Y.A ;)  weee~

~H.A.Y.A.T.I.L.A.H~


http://www.youtube.com/watch?v=RJoy6io06Hk

COPY & PASTE semata-mata ~moga ada pengajaran~


 

Salam’alaik, ana copy dari http://gjada-iniaku.blogspot.com/ kerana ALLAH Ta’ala. Ada hikmah insyaAllah ~ YA ROBB

 
**********************************************************************
~Bismillah…

~di bwh ialah hasil copy n paste satu sesi perbualan di ym…
~teruskan membaca sehingga habis…

BUZZ!!!
BUZZ!!!
BUZZ!!!

(aku bermonolog)—> eh, ada org buzz…~

kenalan: weh..

kenalan: nk tau 1 cter x

teratai biru: hoho

teratai biru: cite pe?

teratai biru: nk tw

(aku bermonolog)—> saspen la pulak…~

BUZZ!!!

kenalan: xpenting ponk cter n

kenalan: tp sje nk gtau

kenalan: sal status ak

teratai biru: teruskan..

kenalan: ak da single da

(aku bermonolog)—> Alhamdulillah…

BUZZ!!!
BUZZ!!!

teratai biru: teruskan lagi..

kenalan: bia jer

kenalan: ak cube jd kuat

kenalan: n ak rse mcm nk give up

kenalan: ak ckp kt mak n adeq2 y ak ok

kenalan: tp hakikatnyer dorg xtau pe y jd sbnanyer

kenalan: oh Tuhan

kenalan: betapa ak merelakan hidup ak diselubungi kepura2an

teratai biru: hmm

kenalan: ak ngah nangis skang n

(aku bermonolog)—> nangis je…

kenalan: ntah r

kenalan: ak jd lemah gle bla ckp sal bnda n

kenalan: mst ade hikmah

kenalan: ak pcaya

kenalan: ntah r

kenalan: kdg2 ak mengeluh

kenalan: ak persoalkan takdir

kenalan: nape Allah uji ak cmni

kenalan: klu bley, ak da xnk kwn2 ngn mna2 laki da

kenalan: skang n ak jdi BENCI THP PETALA KELAPAN kt ***(nama ikhwan itu)

kenalan: huh

kenalan: aduss

kenalan: ak x sgka rupe2nyer ak akn hadapi mslh cmni

kenalan: d saat ak msih muda tuk knal erti kehidupan

kenalan: ***(nama kwn baik kenalan) tau sme cter

(aku bermonolog)—> Alhamdulillah…

kenalan: die y byk support ak

teratai biru: hmm

teratai biru: ak cuma bule suh ko sabar je

teratai biru: igt Allah byk2

kenalan: xpe

kenalan: mungkin ak y clap

kenalan: terlalu ghairah kejar nikmat dunia

kenalan: smpai ak lupe y ak msih blum layak tuk dpt sme 2

kenalan: ato erti kata len

kenalan: belum masanyer

kenalan: n ak blaja byk benda

kenalan: ak cma nk cri org tuk share

kenalan: ko jgn pk sal ak lak

kenalan: takat n ak waras g

kenalan: ada byk g tggungjwb y belum beres

(aku bermonolog)—> betul tu…

kenalan: ak kna setelkn dlu

(aku bermonolog)—> betul tu…

kenalan: ak cma hrp y ak xkn jd anti laki lak

(aku bermonolog)—> betul tu…

kenalan: huhuhu

kenalan: ko wt xtau j

kenalan: x pyh wt pape

kenalan: xyh cri ***(nama ikhwan itu) pun

(aku bermonolog)—> sekius miii…~

kenalan: lantak r die

(aku bermonolog)—> betul tu…

kenalan: gpun dlm al baqarah;286 ade ckp

kenalan: Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dgn kesanggupannya

(aku bermonolog)—> wow…~

kenalan: ali imran;139

kenalan: jgnla kmu bsikap lemah, dan jgn pla kmu sedih ati, pdhal kmulh org2 y plg tggi darjatnya, jka kmu org2 y beriman

(aku bermonolog)—> wow lagi…~

kenalan: n surah azzumar ;53

kenalan: wahai hamba2ku y tlh melampaui bts, jgnla kmu berputus asa dr nikmat Allah, sesungguhnya Allah akan mengampuni dosa2 hamba2Nya, sesungguhnya Dia y maha pengampun lg maha penyayang.

(aku bermonolog)—> wow lg skali…~

kenalan: ayt2 ni lh y ak bca tiap kali ak rsa lemah y teramat sgt

(aku bermonolog)—> Alhamdulillah…

kenalan: sme bnda y ak wt lintang-pukang

kenalan: ak jd teruk gle

kenalan: alhamdulillah

kenalan: iman senipis kulit bwg ini y selamatkn ak dri wt sumthin y rugi

kenalan: …

(aku bermonolog)—> Alhamdulillah…

(stlh lama menanti)

(aku bermonolog)—> eh, senyap je ni. x mau ym dh ke?

BUZZ!!!

(aku bermonolog)—> ak pulak yg buzz dia…~

Last message received on 6/4/2009 at 10:23 PM

^^^
~pagi ini…
~perbualan benar di telefon (Jepun-Malaysia)

teratai biru:
nk mnta izin ni, nk copy n paste kisah ko dlm blog ak.
Jgn riso, ak x letak nama btl, guna nm samaran.
bule x?

kenalan:
bule je… ko ganti nama ak dgn

‘kenalan’ .
lps ko tulis dlm blog, mnta pembaca2 blog ko bg komen ttg kisah ak. tanya dorg, tindakan ak ni btl ke x?

kenalan:
pastu, pesan kat dorg, x perlulah kita kejar nikmat Allah yg masih belum lagi jd milik kita.

kenalan:
nikmat ‘itu’ mmg ada, cuma belum masanya utk kita nikmatinya…

(aku bermonolog)—> belum masanya?

kenalan:
lagi, pesan kat dorg, kalo kita jatuh cinta kat seseorang, kita kena DENGAR dan TERIMA pendapat org lain, lebih2 lg kwn baik kita. Sebab, tym tu, kita x jd dri kita, tapi kita jd org lain.

kenalan:
ade lagi… kalo nk berkorban, biar berbaloi, nak setia, biarlah pd perkara yg pasti…

kenalan:
ak silap selama ni.

kenalan:
ingat tau, tulis ape yg ak ckp tu…

teratai biru:
ye2. InsyaAllah, ak tulis nnt.

kenalan:
tulis cpt2 tau, pastu, minta pembaca2 blog ko tulis komen. Tanya dorg, ape ak kena wat skang ni?
ak nk baca komen2 dorg tu.

(aku bermonolog)—> uiks…~

teratai biru:
ye2. InsyaAllah… tp ak x jamin ye ade feedback atau x…

kenalan:
ingat tau!

teratai biru:
iye. InsyaAllah…
(aku bermonolog)—> wahai pembaca2 blogku, tolonglah tinggalkan komen pada entri kali ini, kenalan nak baca… ONEGAI ITASHIMASU(MINTA TOLONG BYK2)…~

~ terima kasih…

~ sekian…

nota : perbualan ym di atas ialah totally hasil copy n paste. Tiada sebarang isu edit-mengedit.

p/s : ana copy bulat2 dari blog adik ex-RPKJ Um
http://gjada-iniaku.blogspot.com/2009/06/ak-da-single-da.html
moga ada muhasabah utk diri ini =(